SALIMAH KEDAH






SALIMAH TUMPU PEMBENTUKKAN SAHSIAH REMAJA WANITA

Persatuan Persaudaraan Muslimah 'Malaysia (SALIMAH) negeri Kedah mengumumkan program Kem Gadis pada 21 hingga 23 hb Disember 2012 bertempat di Pendang Lake Resort Kedah dengan kerjasama Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

Program ini adalah bertujuan membentuk sahsiah Islamiyyah dikalangan remaja wanita .

Salimah akan memberi tumpuan kepada program untuk membentuk sahsiah remaja wanita untuk membina masyarakat yang sihat untuk masa depan.

Salimah percaya dengan memperkukuhkan sahsiah para gadis gejala sosial yang kini berleluasa dapat dibendung. . Gejala sosial masakini yang melibatkan remaja gadis sangat mengkhuatirkan lantaran kelemahan dalam pembentukan sahsiah dalam masyarakat yang dituntut oleh Islam.

Pelbagai masalah sosial kini melibatkan gadis yang maseh dibangku sekolah termasuk pergaulan bebas , perhubungan luar nikah , pengguguran dan buang bayi , pornografi serta terlibat dengan kerjaya yang merosakkan akhlaq seperti Gro di pusat hiburan.

Salimah amat prihatin mengenai perkembangan yang tidak sihat ini yang akan menjejaskan masa depan bukan sahaja masyarakat malah mereka sendiri.

Kelemahan dalam pendidikan agama serta kecuaian asuhan dalam institusi keluarga adalah antara punca utama kenapa gadis mudah terjebak dalam kerosakan akhlaq.

Salimah yakin bahawa mendekati gadis adalah salah satu usaha yang sangat penting untuk menghindari kerosakan akhlaq generasi muda menjadi lebih parah. Setakat ini program yang menumpu kepada pembentukkan akhlaq gadis maseh belum berkesan kerana masyarakat belum melihat kesan jangka panjang yang bakal diterima bila gadis yang mendewasa tanpa sahsiah yang kukuh.

Salimah kini sedang membangunkan pelbagai modul pembentukan sahsiah yang khusus untuk gadis . Ia akan menggunakan pendekatan yang sesuai untuk pelbagai peringkat gadis semada diperingkat sekolah rendah tahap dua , sekolah menengah rendah , sekolah menengah atas mahupun di peringkat universiti.

Pengisian yang menekankan kepada akhlaq Islam dalam kehidupan , adab sosial dalam pergaulan , kepentingan menjaga aurat dalam perhiasan diri , tanggungjawab gadis menuntut Ilmu , menghendari gaya hidup negatif dalam kehidupan , celik kepenggunaan dalam berbelanja adalah antara komponen penting dalam pembinaah sahsiah gadis yang dilaksanakan oleh Salimah.

Setakat ini Salimah sedang merancang perlaksanaan modul perkemahan sahsiah untuk gadis setiap musim cuti sekolah dan cuti semesta universiti.

Salimah juga sudah mengujudkan Kelab Gadis Salimah yang memberi peluang kepada remaja untuk berorganisasi bersama Salimah secara berterusan. Remaja boleh terlibat dengan aktiviti yang bermanfaat didalam Kelab Gadis Salimah demi membentuk sahsiah yang kukuh dalam proses kehidupan mereka.

Kelab ini juga menyediakan aktiviti kesukarelaan untuk melaksanakan kerja sosial bagi membiasakan gadis terlibat dengan khidmat sosial demi pembentukan kesedaran masyarakat yang tinggi dalam kehidupan mereka..

Mereka yang berminat menyertai Kem Gadis yang tersebut di atas boleh berhubung dengan Pn Masadah tel 0124753245 . Penyertaan adalah percuma dan pendaftaran akan tamat pada 20hb Disember 2012.

Masadah Sajadi
Naib Pengerusi Salimah Negeri Kedah.

GAMBAR SEKITAR PROGRAM KEM GADIS PENGGUNA BIJAK


    Demo silat oleh peserta-peserta dan Jurulatih Silat Seni Warisan Perlis

   Slot"hidup sedar, hidup sederhana" bersama cikgu Azmi — with salimah kedah.

   Slot '' Hidup waspada, hidup bijak" bersama En. azizan dari CAP


    Perkongsian graph kehidupan oleh peserta


    Kuliah subuh "menjadi insan 'Abdullah' bersama Ustazah Rubiyah 


    Peserta-peserta dan urusetia bersalaman sebelum berpisah


   Slot "melakar hidup bermula di sini" 


    Sesi Taaruf


    Penyampaian sijil penyertaan kepada wakil peserta Kem Gadis oleh Encik Azizan dan diiringi Ustazah Rubiyah


    Sesi bergambar berkumpulan selepas majlis penutup.