" Dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara   yang baik serta melarang dari segala perkara yang salah (buruk & keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya."

(Surah ' Ali Imran : Ayat 104 )


   'Wadah SALIMAH tetap teguh
      Menyumbang bakti pada umat manusia
      Mengabdi diri kepada Allah yang Esa
      Namun....perjalanan masih panjang dan jauh
      Berbagai dugaan pasti ditempuh
      Semoga Allah beri  perlindungan
      Mengharungi badai dan ombak perjuangan


PENGENALAN

Muslimah mempunyai tempat istimewa dalam pembinaan khairo umma. Tanpa Muslimah, pembinaan ummah akan tempang. Muslimah adalah ibu yang melahirkan zuriat ummah buat melanjutkan perjuangan islam generasi ke generasi sileh berganti. Muslimah bukan semata srikandi penghias acara, bahkan Muslimah adalah tiang seri sebuah bangunan yang menjadi tonggak keutuhan sebuah rumah yang dikenali sebagai ummah. Namun lataran Muslimah juga merupakan sasaran yang paling ditumpu oleh pelbagai pihak dari luar dan dalam masyarakat Islam,

Hal ini menyebabkan gambaran Muslimah secara nyata dalam kehidupan ummah kini sangat mengkhuatirkan. Muslimah kini menjadi pelaris dunia komersial yang sangat ganas dan esploitatif. Kemurniaan Muslimah benar-benar digugat oleh pelbagai program atas nama hak gender dan kebebasan.

Lantaran itulah Muslimah kini semakin mudah menjadi sasaran penindasan dan penghinaan dimana sahaja di dunia kini. Atas nama kemodenan, Muslimah diperagakan dalam dunia komersial. Atas nama kemajuan, Muslimah diturut sertakan dalam sistem ekonomi kapitalis yang sangat menindas. Atas nama hak wanita, Muslimah didedahkan kepada segala nilai kebaratan yang menghakis jati diri Islam.

SALIMAH hadir  sebagai suatu wadah untuk menangani kemelut kemanusiaan yang sedang melanda umat. Bahawa, melalui pembinaan semula Muslimah sebagai suatu gerakan yang dinamik dan seba melengkap, adalah diharapkan kaum Muslimah seluruh  Malaysia, malah seantero duania dapat digembleng untuk melakar semula kehgemilangan ummah yang sedang dilanda pelbagai krisis. Dari krisis nilai diri dan pandangan alam yang sudah jauh menyimpang sehingga kepada krisis institusi kekeluargaan serta kepimpinan MUslimah yang sangat rapuh.


VISI SALIMAH

SALIMAH bervisi untuk membentuk sebuah ummah yang memenuhi segala ciri-ciri masyarakat mithali dalam seluruh aspek kehidupan berdasarkan landasan dan pedoman Al-Quran dan As-Sunnah selengkapnya. Adalah diaidamkan dengan gerakerja SALIMAH, keunggulan ummah akan terserlah bagi membangun semula tamadun Islamiah dan menjadikan ikutan seluruh umat manusia.


MISI SALIMAH

Berdasarkan visi membentuk semula tamadun ummah, misi SALIMAH adalah untuk menyebarkan tarbiyyah Islamiyyah kaum Muslimah keserata Pelusuk negara dan lapisan masyarakat. Misis untuk membentuk bi-ah solehah akan menjadi fokus gerakerja SALIMAH dalam rangka melahirkan gerakan transformasi ummah yang tulin dan murni. Misi menyediakan sarana dan wahan ketamadunan Islamiyyah adalah kerja SALIMAH yang utama. Melalui persekitaran yang didokong oleh tarbiyyah Muslimah yang strategik dan sistematik,adalah diharapkan masyarakat siap diacu kedalam prose membangun tamadun Islam yang unggul.


SANDARAN SALIMAH

SALIMAH bergerak bersandarkan seluruh panduan AL-Quran dan As-Sunnah serta Ijma' Ulama yang sohih. Gerakan SALIMAH akan berpaksikan pedoman dan panduan yang telah diasaskan Rasulullah S.A.W. Ketika mendepani cabaran semasa SALIMAH TERAS akan memanfaatkan kaedah dan kemudahan semasa untuk memberi impak yang maksima kepada masyarakat dalam usaha penyebaran Risalah Islamiyyah.


CIRI-CIRI GERAKAN SALIMAH


  • GERAKAN PERSAUDARAAN MUSLIMAH
        Adalah gerakan yang mengutamakan unsur ukhuwwah Islamiyyah antara Muslimah bagi
membina kesatuan dalam memperjuangkan status wanita dalam islam. Bahawa gerakan SALIMAH menekankan jalinan persaudaraan yang paling menguatkan dan saling mengeratkan antara sesama Muslimah demi membangun ummah yang terbaik dan menjadi teladan kepada seluruh masyarakat. SALIMAH akan menekankan keperluan setiap anggotanya menjaga kesatuan ummah pada setiap ketika. Gerakan menyatukan umat Islam sebagai suatu badan yang paling mengukuh akan menjadi ciri utama dalam setiap programnya.

  • GERAKAN PENGEMBLENGAN MUSLIMAH
         Merupakan upaya untuk melibatkan pelbagai lapisan Muslimah untuk turut serta dalam semua kegiatan SALIMAH. Kaum Muslimah akan digembleng dalam satu kekuatan untuk menyuarakan hak dan keadilan serta menterjemahkan semula tuntutan Islam seutuhnya dalam kehidupan seharian. Kaum Muslimah akan dikerah untuk bersama dalam membenteras segala bentuk kemungkaran dan kepincangan. Muslimah juga akan digembleng untuk menyanggah segala kezaliman dan ekspolitasi tidak bermoral.

  • GERAKAN PENGUKUHAN SYAKHSIYYAH ISLAMIYYAH MUSLIMAH
           SALIMAH sangat berciripembinaan syakhsiyyah fardhiyyah iaitu melahirkan individu Muslimah yang menghayati seluruh akhlak Islam selengkapnya. Gerakerja SALIMAH akan dijurus kearah mencetak seramai mungkin Muslimah yang mampu menterjemahkan ciri-ciri akhlak karimah dalam setiap tingkahlaku seharian. Melalui keunggulan keperibadian Muslimah diharapkan suatu gabungan jamaah yang melebar kepada masyarakat akan berlaku. Diakhirnya ialah natijah melahirkan sebuah masyarakat Islamiyyah yang mithali.

  • GERAKAN PEMERKASAAN MUSLIMAH
          Golongan Muslimah memerlukan proses pemerkasaan sehingga mampu ditampilkan sebagai golongan yang boleh terlibat secara aktif dalam proses pembangunan ummah. SALIMAH berhasrat agar peranan yang lebih menonjol dapat diketengahkan dikalangan Muslimah supaya penglibatan dan penyertaan mereka boleh memberi impak kepada pembangunan yang hendak dipacu. SALIMAH bergerak ke arah mengaktifkan Muslimah dalam setiap sektor pembangunan yang wajar yntuk disertai : keishata, ekonomi, pemngurusan sumber, polisi pembangunan bandar dan desa, kebajikan, kekeluargaan, pendidikan, sosio-budaya, penggubalan undang-undang, keselamatan dan sekuriti makanan serta penjagaan alam sekitar.

  • GERAKAN PENTARBIYYAHAN MUSLIMAH
           Pendidikan Muslimah adalah nadi kepada pemerkasaan yang tulen.  Tarbiyyah Muslimah adalah inti kepada keberkesanan transformasi yang diidamkan. SALIMAH merupakan sebuah gerakan yang memberi perhatian kepada proses pembinaan kaum Muslimah secara fardhiyyah. Pentarbiyyahan Muslimah akan menjadi ciri terpenting dalam gerakan SALIMAH . Ia akan meliputi aspek sahsiyyah, pengukuhan rohani, pemantapan daya intelektual dan keilmuan, kesihatan jasmani serta kekuatan akhlak. Tarbiyyah Muslimah bertujuan untuk memastikan setiap Muslimah yang menyertai gerakan SALIMAH akakn melalui sentuhan tarbiyyah yang menyiapkan Muslimah sebagai individu yang boleh diteladani dan dipercayai untuk membawa perubahan kepada masyarakat dan ummah.


GERAKERJA SALIMAH
  • Membenteras Kerosakan Aqidah Umat
          Program memperkukuhkan aqidah akan menjadi keutamaan gerakan SALIMAH. Majlis ilmu yang mengukuhkan kefahaman dan penghayatan kaum Muslimah akan ditekankan dan sebarang penyelewengan aqidah akan ditentang keras.
  • Mengukuhkan Institusi Keluarga
          Program memastikan institusi keluarga Islam akan diperkuatkan dan digerakkan dalam pelbagai aktiviti seperti penjodohan, persedian pra-perrkahwinan, kehidupan kekeluargaan dan keibubapaan. Usaha akan ditingkatkan untuk menghasilkan pendekatan yang berkesan melahirkan keluarga Islam yang Islamiyyah melalui penyediaan modul yang sesuai.
  • Memerangi Keruntuhan Akhlaq
           Gejala keruntuhan akhlakdalam kalangan kaum Muslimah sangat memperihatinkan. Gejala kerosakan akhlaq semakin meluas. Oleh itu, program pemulihan akhlaq melalui perkhemahan pembinaan sahsiyyah akan dilaksanakan untuk memastikan supaya gejala sosial dapat dibenteras. kempen amalan hidup sihat, benteras pergaulan bebas, penghayatan akhlaq Islam dalam bersosial akan diutamakan.
  • Mengukuhkan Keberkesanan Pendidikan Muslimah
          Pendidikan adalahnadi dalam pembentuk kaum Muslimah. Program pendidikan yang berkesan untuk pelbagai peringkat akan dilancarkan : kanak-kanak, remaja, beliawanis, dewasa dan warga emas. Pendidikan yang berkesan melaui modul yang sesuai akan dibina untuk dilaksanakan mengikut kesesuain peringkat umur dan kawasan. 
  • Melayani Kelompok Muslimah Akar Umbi
          Isu-isu yang berkait dengan kaum Muslimah akar umbi seperti petani, pekebun kecil, peniaga kecil, buruh kasar, pekerja am akan diperjuangkan. Masalah kemiskinan serta kebajikan kaum Muslimah diperingkat bawahan ini akan diangkat melalui pelbagai forum sehingga nasib mereka terbela.
  • Mempengaruhi Pembuat Dasar Dan Penggubal Undang-Undang
    SALIMAH akan mngusahakan pelbagai reformasi undang-undang dan dasar untuk mengukuhkan hak kaum Muslimah. Memorandum dan perdebatan di parlimen akan dibawa supaya masalah kaum Muslimah akan disuarakan untuk perhatian pemerintah.
  • Mengaktifkan Proses Pengilmuan Melalui Gerakan Halaqah Ta'lim SALIMAH
          Halaqah Ta'lim SALIMAH akan dijalankan sekerap mungkin melalui kurikulum khas yang disediakan. Program pengilmuan yang kukuh dalam pelbagai bentuk yang lain seperti seminar dan bengkel akan juga digerakkan. Aktiviti pengilmuan secara intensif akan diusahakan supaya Halaqah Ta'lim SALIMAH menjadi popular untuk diikuti oleh seluruh masyarakat. 
  • Mendekati Dan Memulih Muslimah Bermasalah
     Aktiviti untuk mendekati Muslimah yang terjebak dalam keruntuhan akhlaq akan diklancarkan. SALIMAH akan melancarkan pendekatan untuk mendekati dan memulihkan mereka yang terperangkap dalam gejala rosak akhlaq.
  • Mengukuhkan Proses Pembinaan Kepimpinan Muslimah Berketrampilan
       Modul kepimpinan Muslimah akan diwujudkan untuk melahirkan individu yang berpotensi untuk memimpin masyarakat. Bengkel latihan SALIMAH akan dilaksanakan secara berkala. Latihan akan merangkumi aspek kemahiran berorganisasi, teknik komunikasi berkesan, kualiti kepimpinan serta ketrampilan untuk membangun masyarakat. 
  • Membantu Anak Yatim Syuhada Palestin
          Untuk mencari ibu bapa angkat bagi membiayai anak angkat tersebut yang merupakan anak yatim syuhada palestin, meneruskan kehidupan mereka terutama berkaitan pendidikan, makanan, perubatan, tempat tinggal dan lain-lain.

Untuk maklumat lanjut hubungi : 013-3677773 / 012-6435749 / 019-3242828 / 016-2781168. Anda juga boleh menghantar email dialamat berikut : anaksyuhada@yahoo.com atau maklumat lanjut juga boleh didapati di blog anaksyuhadapalestin.blogspot.com .


CABARAN DAN ISU MUSLIMAH YANG AKAN DITANGANI OLEH SALIMAH


  • Wanita dan Isu Sekularisasi
  • Isu status dan hak wanita dalam perundangan
  • Wanita dalam kerjaya sebagai buruh kasar
  • Wanita tertindas dalam dunia perkilangan
  • Wanita dan Media
  • Wanita dan tentangan budaya pengguna
  • Wanita dan Kemiskinan
  • Wanita dan sistem khidmat kesihatan
  • Wanita dan asakkan budaya global
  • Wanita dan Pendidikan
  • Wanita dan gejala sosial
  • Wanita dan Institusi keluarga
  • Wanita dan kepimpinan organisasi